Tanggal 1/10/2019 - selama 3 tahun lebih membayar hutang mesin jahit ni . Ada celup2 jugak .. aku mengaku hehehe .. terlalu banyak kemahuan dengan wang yang sedikit. Akhirnya hutang mesin jahit singer ini selesai. Lega satu hal.
Aku ada satu lagi mesin yang hutang bayar ansur dengan ( haurra.com ) lagi rm400 .. jika selesai yang ini , maka tiada lagi hutang mesin. Yang ada kutu patung daiming dan kutu masuk kelas baju melayu cikgu Jeffrey Ibrahim.
Bukan senang gaisssss .. untuk menapak , modal cari sendiri bukan dari suami , bukan dari mak ayah .. semuanya hasil dari menjahit sendiri.
Jumaat, 4 Oktober 2019
Khamis, 16 Ogos 2018
Koleksi design beg periuk noxxa
Sarung ppc roses di bawah masih ada. Meh lah pinang 😉 Sekarang ramai sangat orang tempah. Pastu tak jadi ambil. Tapi saya ok je lah
Nak buat macam mana ? belum sampai rezeki kita.
sol
Ada
sold
sold
sold
- sarung ppc noxxa -
Sarung periuk comel
Cover ppc , sarung periuk , penutup periuk. Apa lagi nama dia nak bagi ni ? Hehe. Bagi mereka yang sukakan kekemasan dan kecantikan mata me.andang di bahagian sudut dapur rumah. Marilah tempah dengan saya. Upah murah ja. Yang mahal tu material dia. Jangan bandingan dengan kedai rm2 lah noooo.. Ni jahitan saya dari A- Z dan penuh kasih sayang begitu.
Saya nak jadi ala2 martha steward Hihi agak2 boleh tak ?
Sama tapi berbeza. Apa perbezaan nya ?
Nak tempah ? sayang kan ppc kita tu berabuk ja. Nak pakai buka ja. Jenis serkup ni laku jugak.
Terima kasih ya. Nanti kita buat penutup toaster pula. Dah ada permintaan tu. Kena beresperimen pula.
Beg noxxa ada lagi yang dah siap jahit. Meh lah order
- Beg noxxa ready stok -
Tshirt untuk anak
Setelah penat jahit macam-macam. Capai kain jahit sehelai tshirt untuk anak. Dah siap. Suruh anak cuba sorang2. Siap tak ukur dulu. Pemalas betul. 😂
Akhirnya muat untuk si kakak yang sulung. Sabar jelah.
Tempahan cover iron board size besar untuk iron philips viral beserta cover tali
Allhamdulilah. 3 dari 5 anak saya demam. Tapi jahitan tempahan tetap di teruskan. Tempahan customer mana boleh di lewatkan. Nanti bertambah jadi banyak tak sempat pula nak kejar dateline. Lambat siap. Lambat dapat gaji.
cover tali iron , elakkan wayar iron berbulu.
Sarung wayar iron.Nampak lebih cantik kan ? Saya guna kain japanese cotton. di letakkan velcro tape. Mudah nak buka dan pasang. |
Sarug iron board size besar |
Kain japanese cotton , ada span , dan getah keliling.
Sarung iron board size besar - untuk iron philips amway Kalau nak tempah boleh terus whatsapp saya di 011-32095406 ya. Terima kasih daun keladi |
Rabu, 15 Ogos 2018
Baju yang siap minggu lepas
Baju putih , baju makcik jiran. Yang lain baju mak sendiri. Mak pergi tempah dekat orang kampung RM40 satu blouse.
Kita ambik upah RM25-RM30 ja. Tak pernah lebih dari tu untuk blouse. Pun begitu jarang tetapkan upah untuk baju mak. Mak bagi ja kalau nak bagi. Kecewa jugaklah mak tempah dengan orang tu.
Tapi nak buat macam mana duduk jauh, kadang kadang mak nak pakai cepat baju tu.
Kain mak pilih sendiri. Taste dia layan.Blouse nak pakai jalan2 di sabah tu. Buat baju baru sempen jalan jalan je tu. 😊
Hidup tanpa renda dan ropol
10 PRINSIP HIDUP TANPA ROPOL
1. Usah sibuk nak ambil tahu hal orang lain yang tak ada kena mengena dengan kita. "Hari ini kau dan dia kutuk aku. Esok aku dan dia kutuk kau pula." Elakkan buang masa.
2. Usah semak kepala berfikir perkara-perkara yang tak relevan. Don't overthinking. Dunia berpusing, kepala kita jangan ikut berpusing.
3. Ada duit belanja, tak ada duit ikat perut. Usah berhutang perkara tak perlu. Apabila kita berhutang, kita kena bayar interest. Kita boleh berikan nama-nama yang fancy, kalau dah bayar lebih tinggi melangit, itu namanya interest.
4. Biar orang nak kata apa, kita buat hal kita. Kalau kita berhenti setiap kali anjing menyalak, lambatlah kita nak sampai.
5. Buat perkara-perkara yang penting. Selain itu semua renda-renda kehidupan. Usah terikut-ikut dengan renda kehidupan dalam media sosial. Orang yang kita nampak gembira dalam Facebook, belum tentu bahagia.
6. Fokus buat benda yang ada impak. Berhenti buat mesyuarat demi mesyuarat yang akhirnya jadi tempat sembang kosong dan tak produktif. Kalau nak buat mesyuarat, pastikan ada impak.
7. Barang yang kita tak guna, berikan kepada orang lain. Usah simpan berkotak-kotak di dalam almari dan stor. Manfaatkan.
8. Kita tak perlu banyak apps atau WhatsApp group. Buang apps yang tak perlu dari handphone. Keluar dari WhatsApp group sekiranya ia tidak bersifat membangun. Fokus.
9. Gembirakan diri sendiri. Apabila kita terlalu cuba nak gembirakan orang lain, kita akan menjadi manusia paling tidak gembira.
10. Bahagia bukan apa yang kita miliki. Bahagia ialah apa yang kita rasai. Fokus kepada "experience economy" atau ekonomi pengalaman. Apabila pergi Mekah, fokus kepada ibadah haji atau umrah. Itu "pengalaman" yang mendekatkan kita dengan Allah swt. Selain itu semua renda-renda pergi Mekah dan Madinah.
---
Hidup tanpa ropol bermaksud kehidupan yang minima dan secukupnya dari segi pemikiran, percakapan, perbuatan dan pemilikan. Semua perkara yang lebih, itu renda-renda saja.
Aktiviti hari ni.
Allhamdulillah. Hari ni pergi beli kain untuk projek jahit sarung ppc noxxa. Dan terus mencari supplier untuk span membuat lapik iron board dan penutup periuk tu. Haruslah .. di mana ada tempat jual murah kita cari. Saya ni jenis lupa jalan.3 jam ronda baru jumpa. Padahal sebelum ni dah pernah pergi satu kedai jual alatan jahit tu.
Punya banyak material yang sesuai untuk bisnes saya. Waa nasib modal tak banyak dan ruang kereta tak cukup. Span tu je dah penuh. Anak lagi bawak semua 5 orang tu. penuh kereta bahagian belakang.
Panas terik. Tapi dah keluar tu kita selesaikan apa yang patut lah.
Lepas borong span , saya pergi buka akaun tabung haji untuk syamim dan baby adam. Yang kakak2 bertiga update saja buku nya.
Balik dari tu. Terlena kejap. Pening pusing2 migrain. Panas sungguh.Tak tahan.
Malam kita sempat siapkan beg ni seketul. Sempat la masak ayam goreng kunyit untuk ayahnya. Siang tadi kami tapau ja lah makanan. Ibu kalau keluar tak masak nya. Penat gile.
So hari ni cuma dapat 3,573 langkah sajo. Ahahak .. macam mana la nak dapat 10 langkah sehari ekk.. 3k pun dah tahap migrain oiii ..
Rabu, 8 Ogos 2018
Cara buat mayonis atkins
Syhhh .. diam diam nak buat balik diet atkins ni. Dulu buat lepas besalin syamim turun juga 17kg. Pastu naik balik. Ye aku tau sebab tak jaga makan. Hee ..
Sekarang baby adam dah nak masuk 6 bulan. Boleh dah diet atkins semula. Yeayy.
Tempahan blouse dari jiran
Allhamdulillah siap juga. Adam sangat baik hari ni. Bagi kerjasama penuh. Ibu ja kena rajin sikit. Malas gile gile.Mood menjahit baju larii...
Selasa, 7 Ogos 2018
Kerja Surirumah
Malam ahad ke isnin , saya tidur lewat .. lepas subuh. Tidur lah sampai jam 12 tengah hari. Isnin. Bangun siap2 .. masak sikit kasi syamim makan. Bawak syamim pergi kelas membaca. Sejam . Lepas tu pergi cari kain. Eh bukan cari. Beli kain. Sebab banyak tempahan yang memerlukan kain cotton. So itu lah dia hasil nya. Lama juga duduk di kedai tu. Hasil nya dapat 24meter kain. Hehe
Lepas tu buat gaya macam nak cepat sangat. Husna dgn laila ada di rumah jiran. Start la enjin kereta. Sekali tak hidup daaaa.. cuak juga.. ingatkan bateri kong. Nak call ayah dia tak sanggup. Sebab ayah baru je mula kerja hari ni. Nasib baik .pergi pinjam botol minyak. Isi dan dah boleh start.
Nasib lah i wanita yang pandai berdikari. Ewah .. .
So .. start kereta pergi kedai jual barang jahit. Nak topup barang sikit leee apa lagi.
balik rumah ambik una dgn laila. Masak. Kemas rumah. Lipat baju.
sapu pat lima kali.
Jam 10 malam potong kain utk di buat beg.
Dan siap jam 4 pagi. Lepas tu nak tidur tak boleh. Duk terkebil2 lagi mata ni. Tu la pasai nya i update blog ni.
Throwback baju kurung kedah moden dengan kain kipas depan. Rupanya baju ni femes denkat ig dan harga nya ngancemmmm ..
Kita ambik upah murah ja.
Kain RM30 , Baju RM25 ( tidak termasuk kain , kain sendiri ya , kalau saya belikan pun boleh , tambah RM le )
siapa nak ? whatsapp 011-32095406
Ahad, 5 Ogos 2018
Popia simpul sedap dan murah
Popia simpul sedap dan murah. Ngap ngap tak perasan 2 balang habis camtu ja. Popia simpul ni bukan saya buat sendiri. Tak kuasa nak simpul2 kuih lagi. Sebab dah simpul benang hari2 ..
Kalau nak temapah boleh lah order dari kawan saya. Namanya farah. Area subang. Sebab suami nya tentera udara di subang tu.
No telefon : +601151549100
Rasanya murah lah. Sebalang tu baru RM10
Bukan senang nak simpul elok2 goreng lagi. Dalam tu serunding sedap. Tak pedas sangat lite lite saja.
Kalau nak boleh tempah ya. Nombor telefon di atas. Kita memang ngoder aje.
Masak pun masak. Order pun order. Maklumlah ramaiiiiii penghuni.
Tempahan baju jururawat
Allhamdulillah. Pelanggan tu isteri kepada kawan suami. Biasanya tak ambil baju jururawat. Rumit sikit kan. Dia perlukan belaian mesra. Aku yang ada anak kecil ni. payah la. Tapi takut skill tumpui kita ambik la dari orang kenal kenal sahaja. .
Allhamdulillah. Pelanggan dah puas hati. Boleh terima duit upah dengan senang hati.
Sabtu, 4 Ogos 2018
Hadiah
Di bulan ogos yang mulia. Aku akan hadiahkan diriku dengan emas. Ringan - ringan saja mampu. Yang berat nanti lah. Kalau ada rezeki insyallah.
Adam 5 bulan
Duk pujuk adam tidur tak mau. Aduh ibu nak buat kerja banyak ni. Opah nak datang
Baju opah tak siap lagi.
Cium bertalu talu kang...
Bag periuk noxxa murah dan cantik
Betul tak beg periuk noxxa saya ni cantik ? Saya guna kain cotton , luar dalam cantik tau.Tali tu memang khas tali bag untuk tampung berat dan saya jahitkan kain untuk dapatkan corak yang meriah.
Ada kertas keras dalamnya kalis air. Jadi tak lah terkena body periuk nanti air dr luar.
Best tak ?
RM77 sahaja harga nya
Pos RM8 sm / RM11 ss
boleh je whatsapp saya kalau suka 011-32005406
Selain barangan kraf begini saya ambik pelbagai lagi tempahan
Boleh tengok instagram saya http://instagram.com/bee_exclusive_
Terima kasih daun keladi.
Daa ~
Langgan:
Catatan (Atom)
Tutorial jahit butang dan lubang butang menggunakan mesin jahit portable brother
Assalamualaikum , siapa ada mesin jahit portable tetapi tidak pernah guna fungsi untuk jahit butang dan jahit lubang butang ? malahan selama...
-
Cover ppc , sarung periuk , penutup periuk. Apa lagi nama dia nak bagi ni ? Hehe. Bagi mereka yang sukakan kekemasan dan kecantikan m...
-
Wow sudah hujan. Allhamdulillah rezeki. Mesin elektronik ni tak boleh sangat ada kilat. Takut menyambar. Jadi kita stop menjahit dan terusk...
-
10 PRINSIP HIDUP TANPA ROPOL 1. Usah sibuk nak ambil tahu hal orang lain yang tak ada kena mengena dengan kita. "Hari ini kau dan ...