Memaparkan catatan dengan label bihun sup ayam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bihun sup ayam. Papar semua catatan

Jumaat, 27 Julai 2018

Resepi bihun sup ayam periuk noxxa + sambal kicap berapi

Wow sudah hujan. Allhamdulillah rezeki. Mesin elektronik ni tak boleh sangat ada kilat. Takut menyambar. Jadi kita stop menjahit dan teruskan masak. Lepas masak boleh makan pula baru meriah hidup. Haha ..orang kata .. hidup untuk apa ? untuk makan kan ? 

Sekejap je masak seperiuk sup ayam 6 liter guna periuk noxxa dalam 20 minit saja. 
Bahan pun mudah. 

Resepi sup ayam periuk noxxa 

Bawang merah 1 biji
Bawang putih 4 ulas 
halia sebesar ibu jari
bunga lawang 
buah pelaga 
kulit kayu manis 
air 
ayam seekor 


campurkan semua bahan
Tekan Hp 20 minit dan tekan on 

Bila dah siap , buang wap 
buka dan masukkan garam , perasa kalau suka dan juga daun sup , daun bawang. 

Siap sup nya.

 

Bihun rebus je lah macam biasa. Malas nak salin pot. Rasanya kena beli pot lebih untuk lebih cepat. Nak salin2 pot periuk agak malas. Amway ada jual pot noxxa tu. 
Dalam RM85 rasanya. 



Ni sambal kicap. Kicap kita tak cukup dah la hujan takde la nak pergi beli tengah hujan. Kita buat je lah setakat mana yang ada.

Cara buat sambal kicap.

Goreng dulu cili , bawang besar  sebiji dan bawang putih dalam 2-3 ulas. Lepas tu tumbuk atau blend halus. Kalau blender letak kicap aje terus. Kalau tumbuk letak kicap kemudian saja. 
Masukkan lah garam sikit kalau kicap tu jenis kicap manis. Masukkan gula kalau kicap tu kicap masin. Pandai pandai seimbangkan rasa.
Perah asam limau sikit.



Dan taraaaa .. bihun sup dengan fish ball , potongan fish cake dan ayam sup. Ayam carik2 pun ada tadi. Tak sempat carik2 la migi. Baby duk la merengek. 

Janji masak ni dalam setengah jam je lah.

Jimat masa kan ? 

ok jom makan ! 

Tutorial jahit butang dan lubang butang menggunakan mesin jahit portable brother

Assalamualaikum , siapa ada mesin jahit portable tetapi tidak pernah guna fungsi untuk jahit butang dan jahit lubang butang ? malahan selama...