Memaparkan catatan dengan label kedai bee ekslusive. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kedai bee ekslusive. Papar semua catatan

Rabu, 15 Ogos 2018

Baju yang siap minggu lepas

Baju putih , baju makcik jiran. Yang lain baju mak sendiri. Mak pergi tempah dekat orang kampung RM40 satu blouse. 

Kita ambik upah RM25-RM30 ja. Tak pernah lebih dari tu untuk blouse. Pun begitu jarang tetapkan upah untuk baju mak. Mak bagi ja kalau nak bagi. Kecewa jugaklah mak tempah dengan orang tu. 


Tapi nak buat macam mana duduk jauh, kadang kadang mak nak pakai cepat baju tu.


Kain mak pilih sendiri. Taste dia layan.Blouse nak pakai jalan2 di sabah tu. Buat baju baru sempen jalan jalan je tu. 😊








Rabu, 8 Ogos 2018

Tempahan blouse dari jiran

Allhamdulillah siap juga. Adam sangat baik hari ni. Bagi kerjasama penuh. Ibu ja kena rajin sikit. Malas gile gile.Mood menjahit baju larii...




Selasa, 7 Ogos 2018

Kerja Surirumah

Malam ahad ke isnin , saya tidur lewat .. lepas subuh. Tidur lah sampai jam 12 tengah hari. Isnin. Bangun siap2 .. masak sikit kasi syamim makan. Bawak syamim pergi kelas membaca. Sejam . Lepas tu pergi cari kain. Eh bukan cari. Beli kain. Sebab banyak tempahan yang memerlukan kain cotton. So itu lah dia hasil nya. Lama juga duduk di kedai tu. Hasil nya dapat 24meter kain. Hehe



Lepas tu buat gaya macam nak cepat sangat. Husna dgn laila ada di rumah jiran. Start la enjin kereta. Sekali tak hidup daaaa.. cuak juga.. ingatkan bateri kong. Nak call ayah dia tak sanggup. Sebab ayah baru je mula kerja hari ni.  Nasib baik .pergi pinjam botol minyak. Isi dan dah boleh start. 
Nasib lah i wanita yang pandai berdikari. Ewah .. .

So ..   start kereta pergi kedai jual barang jahit. Nak topup barang sikit leee apa lagi.

balik rumah ambik una dgn laila. Masak. Kemas rumah. Lipat baju. 
sapu pat lima kali.

Jam 10 malam potong kain utk di buat beg. 

Dan siap jam 4 pagi. Lepas tu nak tidur tak boleh. Duk terkebil2  lagi mata ni. Tu la pasai nya i update blog ni. 



Throwback baju kurung kedah moden dengan kain kipas depan. Rupanya baju ni femes denkat ig dan harga nya ngancemmmm .. 

Kita ambik upah murah ja. 
Kain RM30 , Baju RM25 ( tidak termasuk kain , kain sendiri ya , kalau saya belikan pun boleh , tambah RM le )

siapa nak ? whatsapp 011-32095406 


Ahad, 5 Ogos 2018

Tempahan baju jururawat

Allhamdulillah. Pelanggan tu isteri kepada kawan suami. Biasanya tak ambil baju jururawat. Rumit sikit kan. Dia perlukan belaian mesra. Aku yang ada anak kecil ni. payah la. Tapi takut skill tumpui kita ambik la dari orang kenal kenal sahaja. .
Allhamdulillah. Pelanggan dah puas hati. Boleh terima duit upah dengan senang hati. 



Sabtu, 4 Ogos 2018

Beg periuk noxxa kembali lagi.

Ada orang tempah , 6 biji beg periuk noxxa , satu dia dah cancel , 5 lagi masih tunggu jawapan. Aku jahit lah tak berapa laju. Salah aku juga sebab lambat. Minta maaf lah ye. Tak mampu nak laju sangat sebab anak kecil lagi.  Baru masuk 5 bulan. Macam-macam kerenah dia. Selain baby ada lagi 4 orang anak pun nak kan perhatian ibu. Itulah dah cakap .  kalau nak tempah apa-apa boleh tapi tak laju mana. Kalau nak tak boleh lah bagi jenis urgent2 tu. 

Tak kisah orang tak jadi ambil pun.  Saya pegang teguh pada rezeki boleh dapat bila - bila masa sahaja jika Allah s.w.t izinkan.Insyallah. Tidak lewat sesaat. Tidak cepat sesaat. 
Jom cuci mata bag periuk noxxa kali ini. 





Sold


Bee  ada 




paris hijau sold


sold


purple paris ada



Lady bug ada






Sabtu, 28 Julai 2018

Lapik iron board

Tempahan lapik iron board . Berspan dan ada linning di bahagian dalam nya. Kita letak getah di keliling pelapik. Mudah nak pasang.





Jadi kalau nak tempah pelapik iron board + tali untuk mengelakkan wayar iron berbulu  boleh lah whatsapp saya. Maaf kalau saya lambat balas. Sebab nya biasalah tukang jahit yang menjahit di rumah di kelilingi 5 orang anak. 

Jumaat, 27 Julai 2018

Kelas jahitan beg periuk noxxa dan penutup periuk pun berakhir


Allhamdulillah dah siap pun bag periuk noxxa dan penutup periuk untuk hiasan di rumah. Siapa kata surirumah ni duduk rumah tak buat apa-apa ? cuba tengok aktiviti akak. Selain dari komen dekat page krt akak sempat tau menjahit , masak , kemas rumah ,jaga anak  siap mengajar orang menjahit. Kahkahkah #doneriak 



Penutup periuk jenis bulat. Tak kisah nak tutup apa pun sebenarnya asalkan muat. Kalau nak tempah dari saya harga nya cuma RM35. 



Bag periuk noxxa , tali guna tali bag , kain motif memang cantik dan cute. Dalam ada linning , jahitan semua tak nampak. Kata mat saleh seamless kot. Tak tahu nama apa. Pendek kata memang kemas. Bahagian depan beg tu ada interfacing.

so harga untuk tempahan RM85 sahaja. 
Kalau nak boleh whatsapp saya terus  di
011-32095406 


Ada tali jerut. Ada poket untuk letak wayar ke senduk ke gituuuu   

So allhamdulillah dapat berkongsi rezeki
 Semoga berkat. 


Tutorial jahit butang dan lubang butang menggunakan mesin jahit portable brother

Assalamualaikum , siapa ada mesin jahit portable tetapi tidak pernah guna fungsi untuk jahit butang dan jahit lubang butang ? malahan selama...