Ahad, 7 Jun 2020

Tutorial jahit butang dan lubang butang menggunakan mesin jahit portable brother

Assalamualaikum , siapa ada mesin jahit portable tetapi tidak pernah guna fungsi untuk jahit butang dan jahit lubang butang ? malahan selama ini tak pernah usik pun fungsi jahitan tu ? sini saya dah sediakan tutorial video di youtube chanel saya untuk awak.

Semoga bermanfaat , kalau tak faham komen ye.

Terima kasih kerana membaca di blog ini.

Rabu, 27 Mei 2020

AKTIVITI SEMASA PKP : JADI SUKARELAWAN JAHIT PPE

Dear  #FrontlinerYouAreNotAlone ,    Ini aktiviti kami semasa PKP. Saya telah mendaftar untuk menjadi sukarelawan menjahit PPE .Walaupun ada sedikit kekangan masa kerana bertembung dengan tempahan baju raya yang menimbun. Mujur semasa ramai pelanggan hendak hantar kain  saya banyak menolak kerana saya target tahun ini hendak jahit secara santai sahaja. Mana tahu ada hikmah di setiap perbuatan kita kan. Jadi masa di isi dengan jahit PPE pula. Cuma tu lah.. tidak santai jadinya.

Saya di ber peluang jahit PPE di kawasan petaling jaya. Sebanyak 4 kali kain non woven di hantar. kali pertama jahit stokin kaki. Kali kedua jahit tudung PPE. Kali ke tiga jahit baju atau gwon PPE. Cuma kali ke empat saya belum tengok bungkusan itu dek kerana sibuk dengan tempahan raya. Mungkin akan siapakan pada hari raya ke 6 gitu.


mesin yang banyak jasa nya..



Ini tudung ppe 


anak ada menolong  jahit tali

gown / baju PPE 


Bahagian belakang


anak no 2 advance sikit tolong cantum baju PPE


Yang telah siap dan akan di serahkan


stokin kaki PPE




Dan itu sahaja nak tulis dan di buat kenangan. Tak sangka kan negara kita akan mengalami masaalah macam ni dan kita akan mungkin suatu hari menjadi sejarah buat tatapan anak cucu kita.... 

Jumaat, 4 Oktober 2019

Hutang mesin jahit singer 14n555 selesai

Tanggal 1/10/2019 - selama 3 tahun lebih membayar hutang mesin jahit ni . Ada celup2 jugak .. aku mengaku hehehe .. terlalu banyak kemahuan dengan wang yang sedikit. Akhirnya hutang mesin jahit singer ini selesai. Lega satu hal.

Aku ada satu lagi mesin yang hutang bayar ansur dengan ( haurra.com ) lagi rm400 .. jika selesai yang ini , maka tiada lagi hutang mesin. Yang ada kutu patung daiming dan kutu masuk kelas baju melayu cikgu Jeffrey Ibrahim.

Bukan senang gaisssss .. untuk menapak , modal cari sendiri bukan dari suami , bukan dari mak ayah .. semuanya hasil dari menjahit sendiri.

Khamis, 16 Ogos 2018

Koleksi design beg periuk noxxa

Sarung ppc roses di bawah masih ada. Meh lah pinang 😉 Sekarang ramai sangat orang tempah. Pastu tak jadi ambil. Tapi saya ok je lah
 Nak buat macam mana ? belum sampai rezeki kita.


sol


Ada




sold

sold

sold

- sarung ppc noxxa - 

Sarung periuk comel




Cover ppc , sarung periuk , penutup periuk. Apa lagi nama dia nak bagi ni ? Hehe. Bagi mereka yang sukakan kekemasan dan kecantikan mata me.andang di bahagian sudut dapur rumah. Marilah tempah dengan saya. Upah murah ja. Yang mahal tu material dia. Jangan bandingan dengan kedai rm2 lah noooo.. Ni jahitan saya dari A- Z dan penuh kasih sayang begitu. 
Saya nak jadi ala2 martha steward Hihi agak2 boleh tak ?


Sama tapi berbeza. Apa perbezaan nya ? 

Nak tempah ? sayang kan ppc kita tu berabuk ja. Nak pakai buka ja. Jenis serkup ni laku jugak. 


Terima kasih ya. Nanti kita buat penutup toaster pula. Dah ada permintaan tu. Kena beresperimen pula.

Beg noxxa ada lagi yang dah siap jahit. Meh lah order 

- Beg noxxa ready stok - 

Tshirt untuk anak

Setelah penat jahit macam-macam. Capai kain jahit sehelai tshirt untuk anak. Dah siap. Suruh anak cuba sorang2. Siap tak ukur dulu. Pemalas betul. 😂

Akhirnya muat untuk si kakak yang sulung. Sabar jelah.  

Tempahan cover iron board size besar untuk iron philips viral beserta cover tali

Allhamdulilah. 3 dari 5 anak saya demam. Tapi jahitan tempahan tetap di teruskan. Tempahan customer mana boleh di lewatkan. Nanti bertambah jadi banyak tak sempat pula nak kejar dateline. Lambat siap. Lambat dapat gaji. 
cover tali iron , elakkan wayar iron berbulu. 

Sarung wayar iron.Nampak lebih cantik kan ?

Saya guna kain japanese cotton. di letakkan velcro tape. Mudah nak buka dan pasang. 

Sarug iron board size besar

Kain japanese cotton , ada span , dan getah keliling.

Sarung iron board size besar - untuk iron philips amway

Kalau nak tempah boleh terus whatsapp saya di

011-32095406 ya. Terima kasih daun keladi

Rabu, 15 Ogos 2018

Baju yang siap minggu lepas

Baju putih , baju makcik jiran. Yang lain baju mak sendiri. Mak pergi tempah dekat orang kampung RM40 satu blouse. 

Kita ambik upah RM25-RM30 ja. Tak pernah lebih dari tu untuk blouse. Pun begitu jarang tetapkan upah untuk baju mak. Mak bagi ja kalau nak bagi. Kecewa jugaklah mak tempah dengan orang tu. 


Tapi nak buat macam mana duduk jauh, kadang kadang mak nak pakai cepat baju tu.


Kain mak pilih sendiri. Taste dia layan.Blouse nak pakai jalan2 di sabah tu. Buat baju baru sempen jalan jalan je tu. 😊








Hidup tanpa renda dan ropol

10 PRINSIP HIDUP TANPA ROPOL

1. Usah sibuk nak ambil tahu hal orang lain yang tak ada kena mengena dengan kita. "Hari ini kau dan dia kutuk aku. Esok aku dan dia kutuk kau pula." Elakkan buang masa.

2. Usah semak kepala berfikir perkara-perkara yang tak relevan. Don't overthinking. Dunia berpusing, kepala kita jangan ikut berpusing.

3. Ada duit belanja, tak ada duit ikat perut. Usah berhutang perkara tak perlu. Apabila kita berhutang, kita kena bayar interest. Kita boleh berikan nama-nama yang fancy, kalau dah bayar lebih tinggi melangit, itu namanya interest.

4. Biar orang nak kata apa, kita buat hal kita. Kalau kita berhenti setiap kali anjing menyalak, lambatlah kita nak sampai.

5. Buat perkara-perkara yang penting. Selain itu semua renda-renda kehidupan. Usah terikut-ikut dengan renda kehidupan dalam media sosial. Orang yang kita nampak gembira dalam Facebook, belum tentu bahagia.

6. Fokus buat benda yang ada impak. Berhenti buat mesyuarat demi mesyuarat yang akhirnya jadi tempat sembang kosong dan tak produktif. Kalau nak buat mesyuarat, pastikan ada impak.

7. Barang yang kita tak guna, berikan kepada orang lain. Usah simpan berkotak-kotak di dalam almari dan stor. Manfaatkan.

8. Kita tak perlu banyak apps atau WhatsApp group. Buang apps yang tak perlu dari handphone. Keluar dari WhatsApp group sekiranya ia tidak bersifat membangun. Fokus.

9. Gembirakan diri sendiri. Apabila kita terlalu cuba nak gembirakan orang lain, kita akan menjadi manusia paling tidak gembira.

10. Bahagia bukan apa yang kita miliki. Bahagia ialah apa yang kita rasai. Fokus kepada "experience economy" atau ekonomi pengalaman. Apabila pergi Mekah, fokus kepada ibadah haji atau umrah. Itu "pengalaman" yang mendekatkan kita dengan Allah swt. Selain itu semua renda-renda pergi Mekah dan Madinah.

---

Hidup tanpa ropol bermaksud kehidupan yang minima dan secukupnya dari segi pemikiran, percakapan, perbuatan dan pemilikan. Semua perkara yang lebih, itu renda-renda saja.





Aktiviti hari ni.

Allhamdulillah. Hari ni pergi beli kain untuk projek jahit sarung ppc noxxa. Dan terus mencari supplier untuk span membuat lapik iron board dan penutup periuk tu. Haruslah .. di mana ada tempat jual murah kita cari. Saya ni jenis lupa jalan.3 jam ronda baru jumpa. Padahal sebelum ni dah pernah pergi satu kedai jual alatan jahit tu. 

Punya banyak material yang sesuai untuk bisnes saya. Waa nasib modal tak banyak dan ruang kereta tak cukup. Span tu je dah penuh. Anak lagi bawak semua 5 orang tu. penuh kereta bahagian belakang. 

Panas terik. Tapi dah keluar tu kita selesaikan apa yang patut lah. 

Lepas borong span , saya pergi buka akaun tabung haji untuk syamim dan baby adam. Yang kakak2 bertiga update saja buku nya.


Balik dari tu. Terlena kejap. Pening pusing2 migrain. Panas sungguh.Tak tahan.


Malam kita sempat siapkan beg ni seketul. Sempat la masak ayam goreng kunyit untuk ayahnya. Siang tadi kami tapau ja lah makanan. Ibu kalau keluar tak masak nya. Penat gile.


So hari ni cuma dapat 3,573 langkah sajo. Ahahak .. macam mana la nak dapat 10 langkah sehari ekk.. 3k pun dah tahap migrain oiii ..




Tutorial jahit butang dan lubang butang menggunakan mesin jahit portable brother

Assalamualaikum , siapa ada mesin jahit portable tetapi tidak pernah guna fungsi untuk jahit butang dan jahit lubang butang ? malahan selama...