Ahad, 29 Julai 2018

Raya 2014 - #throwback


Ada banyak gambar dah tak ada dalam fon. Dan hanya ada dalam facebook. Jadi setiap kali facebook throwback gambar kita save sini. Sayang nya kenangan hilang begitu sahaja.

Raya tahun 2014. Baby adam tak ada lagi. Syamim kecil lagi. Tahun 2018 tak ada gambar  huhu.

Sarung bantal

Allhamdulillah di beri kesempatan menjahit sarung bantal dan tukar kekabu bantal anak-anak ke dalam batang bantal yang baru
 Virus hfmd menjadi-jadi yek sekarang ? risau juga. Tapi saya jarang keluar bawa anak jalan-jalan sekarang. Sibuk sangat menjahit. Lagi-lagi nak raya ni. Tempahan banyak lagi. 


Ini pun curi curi jahit. Kalau tak buat macam ni sampai bila lah tak berjahit kain-kain tu. Tunggu reput ja lah. 

Sayang kain semua masih elok. Cotton kan. Corak pun comel saja. 




Dapat la 11 biji , jenuh cantum kain nak dapatkan sarung sebiji bantal. Cantum , jahit tepi dab gunting. Nasib baik anak - anak membantu. 










Ini paling banyak cantum. Haha .. ni kalau orang nak datang tumpang tido pun takdak la malu sangat. Bantal macam peta Malaysia dah ropanya. 


Mengantuk dah 3.56 am duk tak boleh tidur lagi. Kita update lah blog kejap. 

Sabtu, 28 Julai 2018

Penutup periuk noxxa tempahan ibu nza

Allhandulillah dah siap di jahit dan di pos. Ibu nza blogger jugak. Nanti kita cari link. Lupa blog dia linknya apa hee..

Corak pineaple pop comey sangat .. 


Bag periuk noxxa / periuk philips ( pressure cooker )

Ini hasil jahitan beg periuk saya. Ada banyam yang saya dah jahit boleh lawati instagram saya di http://instagram.com/bee_exclusive_ 
Ini gambar contoh. Corak macam ni dah sold out dah rasanya. 
Okay la setiap 













Lapik iron board

Tempahan lapik iron board . Berspan dan ada linning di bahagian dalam nya. Kita letak getah di keliling pelapik. Mudah nak pasang.





Jadi kalau nak tempah pelapik iron board + tali untuk mengelakkan wayar iron berbulu  boleh lah whatsapp saya. Maaf kalau saya lambat balas. Sebab nya biasalah tukang jahit yang menjahit di rumah di kelilingi 5 orang anak. 

Jumaat, 27 Julai 2018

Kelas jahitan beg periuk noxxa dan penutup periuk pun berakhir


Allhamdulillah dah siap pun bag periuk noxxa dan penutup periuk untuk hiasan di rumah. Siapa kata surirumah ni duduk rumah tak buat apa-apa ? cuba tengok aktiviti akak. Selain dari komen dekat page krt akak sempat tau menjahit , masak , kemas rumah ,jaga anak  siap mengajar orang menjahit. Kahkahkah #doneriak 



Penutup periuk jenis bulat. Tak kisah nak tutup apa pun sebenarnya asalkan muat. Kalau nak tempah dari saya harga nya cuma RM35. 



Bag periuk noxxa , tali guna tali bag , kain motif memang cantik dan cute. Dalam ada linning , jahitan semua tak nampak. Kata mat saleh seamless kot. Tak tahu nama apa. Pendek kata memang kemas. Bahagian depan beg tu ada interfacing.

so harga untuk tempahan RM85 sahaja. 
Kalau nak boleh whatsapp saya terus  di
011-32095406 


Ada tali jerut. Ada poket untuk letak wayar ke senduk ke gituuuu   

So allhamdulillah dapat berkongsi rezeki
 Semoga berkat. 


Resepi bihun sup ayam periuk noxxa + sambal kicap berapi

Wow sudah hujan. Allhamdulillah rezeki. Mesin elektronik ni tak boleh sangat ada kilat. Takut menyambar. Jadi kita stop menjahit dan teruskan masak. Lepas masak boleh makan pula baru meriah hidup. Haha ..orang kata .. hidup untuk apa ? untuk makan kan ? 

Sekejap je masak seperiuk sup ayam 6 liter guna periuk noxxa dalam 20 minit saja. 
Bahan pun mudah. 

Resepi sup ayam periuk noxxa 

Bawang merah 1 biji
Bawang putih 4 ulas 
halia sebesar ibu jari
bunga lawang 
buah pelaga 
kulit kayu manis 
air 
ayam seekor 


campurkan semua bahan
Tekan Hp 20 minit dan tekan on 

Bila dah siap , buang wap 
buka dan masukkan garam , perasa kalau suka dan juga daun sup , daun bawang. 

Siap sup nya.

 

Bihun rebus je lah macam biasa. Malas nak salin pot. Rasanya kena beli pot lebih untuk lebih cepat. Nak salin2 pot periuk agak malas. Amway ada jual pot noxxa tu. 
Dalam RM85 rasanya. 



Ni sambal kicap. Kicap kita tak cukup dah la hujan takde la nak pergi beli tengah hujan. Kita buat je lah setakat mana yang ada.

Cara buat sambal kicap.

Goreng dulu cili , bawang besar  sebiji dan bawang putih dalam 2-3 ulas. Lepas tu tumbuk atau blend halus. Kalau blender letak kicap aje terus. Kalau tumbuk letak kicap kemudian saja. 
Masukkan lah garam sikit kalau kicap tu jenis kicap manis. Masukkan gula kalau kicap tu kicap masin. Pandai pandai seimbangkan rasa.
Perah asam limau sikit.



Dan taraaaa .. bihun sup dengan fish ball , potongan fish cake dan ayam sup. Ayam carik2 pun ada tadi. Tak sempat carik2 la migi. Baby duk la merengek. 

Janji masak ni dalam setengah jam je lah.

Jimat masa kan ? 

ok jom makan ! 

Tutorial jahit butang dan lubang butang menggunakan mesin jahit portable brother

Assalamualaikum , siapa ada mesin jahit portable tetapi tidak pernah guna fungsi untuk jahit butang dan jahit lubang butang ? malahan selama...