Memaparkan catatan dengan label Keluarga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Keluarga. Papar semua catatan

Rabu, 15 Ogos 2018

Baju yang siap minggu lepas

Baju putih , baju makcik jiran. Yang lain baju mak sendiri. Mak pergi tempah dekat orang kampung RM40 satu blouse. 

Kita ambik upah RM25-RM30 ja. Tak pernah lebih dari tu untuk blouse. Pun begitu jarang tetapkan upah untuk baju mak. Mak bagi ja kalau nak bagi. Kecewa jugaklah mak tempah dengan orang tu. 


Tapi nak buat macam mana duduk jauh, kadang kadang mak nak pakai cepat baju tu.


Kain mak pilih sendiri. Taste dia layan.Blouse nak pakai jalan2 di sabah tu. Buat baju baru sempen jalan jalan je tu. 😊








Sabtu, 4 Ogos 2018

1 ogos 2018 - Akhirnya suami dapat kerja

Allhamdulillah , allhamdulillah , allhamdulillah .. aku rasa nak sujud syukur. Aku bukan nak cerita masaalah peribadi di sini. Ini bukan aib. Ini perkongsian pengalaman.

Akhirnya ayah dapat kerja setelah hampir setahun kehulu kehilir bawa resume . Interview sana sinim. Tapi tak dapat. Perjalanan kehidupan ini. Mengajar aku dan suami erti pengorbanan. Kasih sayang dan siapa yang ada sewaktu kita di dalam kesusahan.

Jawapan aku. Tiada sapa- sapa kecuali keluarga.

Setahun bergelut mencari duit untuk keluarga tanpa pekerjaan tetap.
Aku mengandung. Aku bekerja kuat.
Suami kerja kuat.
Aku beranak.
Suami kerja dan jaga anak-anak dalam satu masa.
Ada anak kena ponteng sekolah.
Aku mula menjahit semasa dalam pantang seminggu.
Demi duit. Siapa nak hulur lebih kurang RM2000 bulat-bulat melainkan kita usaha sendiri . Betul tak ?

Waktu pantang ramai lah nasihat suruh pantang. Bila aku minta duit tak ada yang sanggup bagi.

Kewangan kami semakin pulih. Insyallah.
Ayah dah dapat kerja bagus semula. Aku sujud syukur. Terasa lepas beban seketika.

Harap ayah bekerja dengan baik. Pergi awal dan balik lah ikut masa. Kerja halal. Tidak tinggalkan keluarga lagi. Jangan buat perkara lara.

Semoga rezeki kita sekeluarga bertambah. Semoga ibu tidak perlu bekerja kuat. Semoga semua hutang dapat di lunaskan.



Ahad, 29 Julai 2018

Raya 2014 - #throwback


Ada banyak gambar dah tak ada dalam fon. Dan hanya ada dalam facebook. Jadi setiap kali facebook throwback gambar kita save sini. Sayang nya kenangan hilang begitu sahaja.

Raya tahun 2014. Baby adam tak ada lagi. Syamim kecil lagi. Tahun 2018 tak ada gambar  huhu.

Tutorial jahit butang dan lubang butang menggunakan mesin jahit portable brother

Assalamualaikum , siapa ada mesin jahit portable tetapi tidak pernah guna fungsi untuk jahit butang dan jahit lubang butang ? malahan selama...