Memaparkan catatan dengan label Anak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Anak. Papar semua catatan

Sabtu, 4 Ogos 2018

1 ogos 2018 - Akhirnya suami dapat kerja

Allhamdulillah , allhamdulillah , allhamdulillah .. aku rasa nak sujud syukur. Aku bukan nak cerita masaalah peribadi di sini. Ini bukan aib. Ini perkongsian pengalaman.

Akhirnya ayah dapat kerja setelah hampir setahun kehulu kehilir bawa resume . Interview sana sinim. Tapi tak dapat. Perjalanan kehidupan ini. Mengajar aku dan suami erti pengorbanan. Kasih sayang dan siapa yang ada sewaktu kita di dalam kesusahan.

Jawapan aku. Tiada sapa- sapa kecuali keluarga.

Setahun bergelut mencari duit untuk keluarga tanpa pekerjaan tetap.
Aku mengandung. Aku bekerja kuat.
Suami kerja kuat.
Aku beranak.
Suami kerja dan jaga anak-anak dalam satu masa.
Ada anak kena ponteng sekolah.
Aku mula menjahit semasa dalam pantang seminggu.
Demi duit. Siapa nak hulur lebih kurang RM2000 bulat-bulat melainkan kita usaha sendiri . Betul tak ?

Waktu pantang ramai lah nasihat suruh pantang. Bila aku minta duit tak ada yang sanggup bagi.

Kewangan kami semakin pulih. Insyallah.
Ayah dah dapat kerja bagus semula. Aku sujud syukur. Terasa lepas beban seketika.

Harap ayah bekerja dengan baik. Pergi awal dan balik lah ikut masa. Kerja halal. Tidak tinggalkan keluarga lagi. Jangan buat perkara lara.

Semoga rezeki kita sekeluarga bertambah. Semoga ibu tidak perlu bekerja kuat. Semoga semua hutang dapat di lunaskan.



Ahad, 29 Julai 2018

Sarung bantal

Allhamdulillah di beri kesempatan menjahit sarung bantal dan tukar kekabu bantal anak-anak ke dalam batang bantal yang baru
 Virus hfmd menjadi-jadi yek sekarang ? risau juga. Tapi saya jarang keluar bawa anak jalan-jalan sekarang. Sibuk sangat menjahit. Lagi-lagi nak raya ni. Tempahan banyak lagi. 


Ini pun curi curi jahit. Kalau tak buat macam ni sampai bila lah tak berjahit kain-kain tu. Tunggu reput ja lah. 

Sayang kain semua masih elok. Cotton kan. Corak pun comel saja. 




Dapat la 11 biji , jenuh cantum kain nak dapatkan sarung sebiji bantal. Cantum , jahit tepi dab gunting. Nasib baik anak - anak membantu. 










Ini paling banyak cantum. Haha .. ni kalau orang nak datang tumpang tido pun takdak la malu sangat. Bantal macam peta Malaysia dah ropanya. 


Mengantuk dah 3.56 am duk tak boleh tidur lagi. Kita update lah blog kejap. 

Tutorial jahit butang dan lubang butang menggunakan mesin jahit portable brother

Assalamualaikum , siapa ada mesin jahit portable tetapi tidak pernah guna fungsi untuk jahit butang dan jahit lubang butang ? malahan selama...