Rabu, 27 Mei 2020

AKTIVITI SEMASA PKP : JADI SUKARELAWAN JAHIT PPE

Dear  #FrontlinerYouAreNotAlone ,    Ini aktiviti kami semasa PKP. Saya telah mendaftar untuk menjadi sukarelawan menjahit PPE .Walaupun ada sedikit kekangan masa kerana bertembung dengan tempahan baju raya yang menimbun. Mujur semasa ramai pelanggan hendak hantar kain  saya banyak menolak kerana saya target tahun ini hendak jahit secara santai sahaja. Mana tahu ada hikmah di setiap perbuatan kita kan. Jadi masa di isi dengan jahit PPE pula. Cuma tu lah.. tidak santai jadinya.

Saya di ber peluang jahit PPE di kawasan petaling jaya. Sebanyak 4 kali kain non woven di hantar. kali pertama jahit stokin kaki. Kali kedua jahit tudung PPE. Kali ke tiga jahit baju atau gwon PPE. Cuma kali ke empat saya belum tengok bungkusan itu dek kerana sibuk dengan tempahan raya. Mungkin akan siapakan pada hari raya ke 6 gitu.


mesin yang banyak jasa nya..



Ini tudung ppe 


anak ada menolong  jahit tali

gown / baju PPE 


Bahagian belakang


anak no 2 advance sikit tolong cantum baju PPE


Yang telah siap dan akan di serahkan


stokin kaki PPE




Dan itu sahaja nak tulis dan di buat kenangan. Tak sangka kan negara kita akan mengalami masaalah macam ni dan kita akan mungkin suatu hari menjadi sejarah buat tatapan anak cucu kita.... 

Tutorial jahit butang dan lubang butang menggunakan mesin jahit portable brother

Assalamualaikum , siapa ada mesin jahit portable tetapi tidak pernah guna fungsi untuk jahit butang dan jahit lubang butang ? malahan selama...