Memaparkan catatan dengan label noxxa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label noxxa. Papar semua catatan

Khamis, 16 Ogos 2018

Sarung periuk comel




Cover ppc , sarung periuk , penutup periuk. Apa lagi nama dia nak bagi ni ? Hehe. Bagi mereka yang sukakan kekemasan dan kecantikan mata me.andang di bahagian sudut dapur rumah. Marilah tempah dengan saya. Upah murah ja. Yang mahal tu material dia. Jangan bandingan dengan kedai rm2 lah noooo.. Ni jahitan saya dari A- Z dan penuh kasih sayang begitu. 
Saya nak jadi ala2 martha steward Hihi agak2 boleh tak ?


Sama tapi berbeza. Apa perbezaan nya ? 

Nak tempah ? sayang kan ppc kita tu berabuk ja. Nak pakai buka ja. Jenis serkup ni laku jugak. 


Terima kasih ya. Nanti kita buat penutup toaster pula. Dah ada permintaan tu. Kena beresperimen pula.

Beg noxxa ada lagi yang dah siap jahit. Meh lah order 

- Beg noxxa ready stok - 

Sabtu, 4 Ogos 2018

Bag periuk noxxa murah dan cantik

Betul tak beg periuk noxxa saya ni cantik ?  Saya guna kain cotton , luar dalam cantik tau.Tali tu memang khas tali bag untuk tampung berat dan saya jahitkan kain untuk dapatkan corak yang meriah. 

Ada kertas keras dalamnya kalis air. Jadi tak lah terkena body periuk nanti air dr luar. 

Best tak ? 

RM77 sahaja harga nya

Pos RM8 sm / RM11 ss 

boleh je whatsapp saya kalau suka 011-32005406 




Beg periuk noxxa - stripe cup cake - sold 

Selain barangan kraf begini saya ambik pelbagai lagi tempahan

Boleh tengok instagram saya http://instagram.com/bee_exclusive_

Terima kasih daun keladi. 

Daa ~ 

Beg periuk noxxa kembali lagi.

Ada orang tempah , 6 biji beg periuk noxxa , satu dia dah cancel , 5 lagi masih tunggu jawapan. Aku jahit lah tak berapa laju. Salah aku juga sebab lambat. Minta maaf lah ye. Tak mampu nak laju sangat sebab anak kecil lagi.  Baru masuk 5 bulan. Macam-macam kerenah dia. Selain baby ada lagi 4 orang anak pun nak kan perhatian ibu. Itulah dah cakap .  kalau nak tempah apa-apa boleh tapi tak laju mana. Kalau nak tak boleh lah bagi jenis urgent2 tu. 

Tak kisah orang tak jadi ambil pun.  Saya pegang teguh pada rezeki boleh dapat bila - bila masa sahaja jika Allah s.w.t izinkan.Insyallah. Tidak lewat sesaat. Tidak cepat sesaat. 
Jom cuci mata bag periuk noxxa kali ini. 





Sold


Bee  ada 




paris hijau sold


sold


purple paris ada



Lady bug ada






Jumaat, 27 Julai 2018

Resepi bihun sup ayam periuk noxxa + sambal kicap berapi

Wow sudah hujan. Allhamdulillah rezeki. Mesin elektronik ni tak boleh sangat ada kilat. Takut menyambar. Jadi kita stop menjahit dan teruskan masak. Lepas masak boleh makan pula baru meriah hidup. Haha ..orang kata .. hidup untuk apa ? untuk makan kan ? 

Sekejap je masak seperiuk sup ayam 6 liter guna periuk noxxa dalam 20 minit saja. 
Bahan pun mudah. 

Resepi sup ayam periuk noxxa 

Bawang merah 1 biji
Bawang putih 4 ulas 
halia sebesar ibu jari
bunga lawang 
buah pelaga 
kulit kayu manis 
air 
ayam seekor 


campurkan semua bahan
Tekan Hp 20 minit dan tekan on 

Bila dah siap , buang wap 
buka dan masukkan garam , perasa kalau suka dan juga daun sup , daun bawang. 

Siap sup nya.

 

Bihun rebus je lah macam biasa. Malas nak salin pot. Rasanya kena beli pot lebih untuk lebih cepat. Nak salin2 pot periuk agak malas. Amway ada jual pot noxxa tu. 
Dalam RM85 rasanya. 



Ni sambal kicap. Kicap kita tak cukup dah la hujan takde la nak pergi beli tengah hujan. Kita buat je lah setakat mana yang ada.

Cara buat sambal kicap.

Goreng dulu cili , bawang besar  sebiji dan bawang putih dalam 2-3 ulas. Lepas tu tumbuk atau blend halus. Kalau blender letak kicap aje terus. Kalau tumbuk letak kicap kemudian saja. 
Masukkan lah garam sikit kalau kicap tu jenis kicap manis. Masukkan gula kalau kicap tu kicap masin. Pandai pandai seimbangkan rasa.
Perah asam limau sikit.



Dan taraaaa .. bihun sup dengan fish ball , potongan fish cake dan ayam sup. Ayam carik2 pun ada tadi. Tak sempat carik2 la migi. Baby duk la merengek. 

Janji masak ni dalam setengah jam je lah.

Jimat masa kan ? 

ok jom makan ! 

Tutorial jahit butang dan lubang butang menggunakan mesin jahit portable brother

Assalamualaikum , siapa ada mesin jahit portable tetapi tidak pernah guna fungsi untuk jahit butang dan jahit lubang butang ? malahan selama...