Rabu, 8 Ogos 2018

Cara buat mayonis atkins

Syhhh .. diam diam nak buat balik diet atkins ni. Dulu buat lepas besalin syamim turun juga 17kg. Pastu naik balik. Ye aku tau sebab tak jaga makan. Hee .. 
Sekarang baby adam dah nak masuk 6 bulan. Boleh dah diet atkins semula. Yeayy. 

Tempahan blouse dari jiran

Allhamdulillah siap juga. Adam sangat baik hari ni. Bagi kerjasama penuh. Ibu ja kena rajin sikit. Malas gile gile.Mood menjahit baju larii...




Selasa, 7 Ogos 2018

Kerja Surirumah

Malam ahad ke isnin , saya tidur lewat .. lepas subuh. Tidur lah sampai jam 12 tengah hari. Isnin. Bangun siap2 .. masak sikit kasi syamim makan. Bawak syamim pergi kelas membaca. Sejam . Lepas tu pergi cari kain. Eh bukan cari. Beli kain. Sebab banyak tempahan yang memerlukan kain cotton. So itu lah dia hasil nya. Lama juga duduk di kedai tu. Hasil nya dapat 24meter kain. Hehe



Lepas tu buat gaya macam nak cepat sangat. Husna dgn laila ada di rumah jiran. Start la enjin kereta. Sekali tak hidup daaaa.. cuak juga.. ingatkan bateri kong. Nak call ayah dia tak sanggup. Sebab ayah baru je mula kerja hari ni.  Nasib baik .pergi pinjam botol minyak. Isi dan dah boleh start. 
Nasib lah i wanita yang pandai berdikari. Ewah .. .

So ..   start kereta pergi kedai jual barang jahit. Nak topup barang sikit leee apa lagi.

balik rumah ambik una dgn laila. Masak. Kemas rumah. Lipat baju. 
sapu pat lima kali.

Jam 10 malam potong kain utk di buat beg. 

Dan siap jam 4 pagi. Lepas tu nak tidur tak boleh. Duk terkebil2  lagi mata ni. Tu la pasai nya i update blog ni. 



Throwback baju kurung kedah moden dengan kain kipas depan. Rupanya baju ni femes denkat ig dan harga nya ngancemmmm .. 

Kita ambik upah murah ja. 
Kain RM30 , Baju RM25 ( tidak termasuk kain , kain sendiri ya , kalau saya belikan pun boleh , tambah RM le )

siapa nak ? whatsapp 011-32095406 


Ahad, 5 Ogos 2018

Popia simpul sedap dan murah

Popia simpul sedap dan murah. Ngap ngap tak perasan 2 balang habis camtu ja. Popia simpul ni bukan saya buat sendiri. Tak kuasa nak simpul2 kuih lagi. Sebab dah simpul benang hari2 .. 

Kalau nak temapah boleh lah order dari kawan saya. Namanya farah. Area subang. Sebab suami nya tentera udara di subang tu. 

No telefon : +601151549100



Rasanya murah lah. Sebalang tu baru RM10
 Bukan senang nak simpul elok2 goreng lagi. Dalam tu serunding sedap. Tak pedas sangat lite lite saja. 




Kalau nak boleh tempah ya. Nombor telefon di atas. Kita memang ngoder aje. 
Masak pun masak. Order pun order. Maklumlah ramaiiiiii penghuni.

Tempahan baju jururawat

Allhamdulillah. Pelanggan tu isteri kepada kawan suami. Biasanya tak ambil baju jururawat. Rumit sikit kan. Dia perlukan belaian mesra. Aku yang ada anak kecil ni. payah la. Tapi takut skill tumpui kita ambik la dari orang kenal kenal sahaja. .
Allhamdulillah. Pelanggan dah puas hati. Boleh terima duit upah dengan senang hati. 



Sabtu, 4 Ogos 2018

Hadiah

Di bulan ogos yang mulia.  Aku akan hadiahkan diriku dengan emas. Ringan - ringan saja mampu. Yang berat nanti lah. Kalau ada rezeki insyallah.


Adam 5 bulan

Duk pujuk adam tidur tak mau. Aduh ibu nak buat kerja banyak ni. Opah nak datang
 Baju opah tak siap lagi.



Cium bertalu talu kang...



Bag periuk noxxa murah dan cantik

Betul tak beg periuk noxxa saya ni cantik ?  Saya guna kain cotton , luar dalam cantik tau.Tali tu memang khas tali bag untuk tampung berat dan saya jahitkan kain untuk dapatkan corak yang meriah. 

Ada kertas keras dalamnya kalis air. Jadi tak lah terkena body periuk nanti air dr luar. 

Best tak ? 

RM77 sahaja harga nya

Pos RM8 sm / RM11 ss 

boleh je whatsapp saya kalau suka 011-32005406 




Beg periuk noxxa - stripe cup cake - sold 

Selain barangan kraf begini saya ambik pelbagai lagi tempahan

Boleh tengok instagram saya http://instagram.com/bee_exclusive_

Terima kasih daun keladi. 

Daa ~ 

Hot chicken flavour ramen - Curry

Sooooo.. sebab aku hantu juga magie ni. Jadi memang dah banyak jenis magie aku try. Hot chicken flavour ramen ni. Ada perasa kari. 

Ada pedas ramen korea tapi ada kari macam megi malaysia. So rasanya so so sajala. Tak sesedap ramen 2x spicy tu la. 

Baru - baru ni ada ambik Ramen MALA. Yang plastik warna ungu. Ingatkan apa MALA tu.Rupanya laici kering. Dah tu. Mula mula makan. Rasa tak pedas.  Siap rasa macam ada akar kayu kering lagi. Tapi bila dah makan banyak sikit mencucuk bibir2 dengan lidah  ni ya ampun. Ok mala ni lupa nak snap gambar. Next time lah ye. 

Aku nak rasa carbonara belum tercapai hajat. 

 



Asam garam menjadi tukang jahit

Jenis aku kalau kecik hati memang tak kan cakap. Aku sedih. Aku ralat. Aku geram. Tapi nak luah dekat mana ?

Ingat tarikh 2/8/2018 - RM600

Aku bukan berduit sangat..

Semoga Allah gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Amin.

Beg periuk noxxa kembali lagi.

Ada orang tempah , 6 biji beg periuk noxxa , satu dia dah cancel , 5 lagi masih tunggu jawapan. Aku jahit lah tak berapa laju. Salah aku juga sebab lambat. Minta maaf lah ye. Tak mampu nak laju sangat sebab anak kecil lagi.  Baru masuk 5 bulan. Macam-macam kerenah dia. Selain baby ada lagi 4 orang anak pun nak kan perhatian ibu. Itulah dah cakap .  kalau nak tempah apa-apa boleh tapi tak laju mana. Kalau nak tak boleh lah bagi jenis urgent2 tu. 

Tak kisah orang tak jadi ambil pun.  Saya pegang teguh pada rezeki boleh dapat bila - bila masa sahaja jika Allah s.w.t izinkan.Insyallah. Tidak lewat sesaat. Tidak cepat sesaat. 
Jom cuci mata bag periuk noxxa kali ini. 





Sold


Bee  ada 




paris hijau sold


sold


purple paris ada



Lady bug ada






1 ogos 2018 - Akhirnya suami dapat kerja

Allhamdulillah , allhamdulillah , allhamdulillah .. aku rasa nak sujud syukur. Aku bukan nak cerita masaalah peribadi di sini. Ini bukan aib. Ini perkongsian pengalaman.

Akhirnya ayah dapat kerja setelah hampir setahun kehulu kehilir bawa resume . Interview sana sinim. Tapi tak dapat. Perjalanan kehidupan ini. Mengajar aku dan suami erti pengorbanan. Kasih sayang dan siapa yang ada sewaktu kita di dalam kesusahan.

Jawapan aku. Tiada sapa- sapa kecuali keluarga.

Setahun bergelut mencari duit untuk keluarga tanpa pekerjaan tetap.
Aku mengandung. Aku bekerja kuat.
Suami kerja kuat.
Aku beranak.
Suami kerja dan jaga anak-anak dalam satu masa.
Ada anak kena ponteng sekolah.
Aku mula menjahit semasa dalam pantang seminggu.
Demi duit. Siapa nak hulur lebih kurang RM2000 bulat-bulat melainkan kita usaha sendiri . Betul tak ?

Waktu pantang ramai lah nasihat suruh pantang. Bila aku minta duit tak ada yang sanggup bagi.

Kewangan kami semakin pulih. Insyallah.
Ayah dah dapat kerja bagus semula. Aku sujud syukur. Terasa lepas beban seketika.

Harap ayah bekerja dengan baik. Pergi awal dan balik lah ikut masa. Kerja halal. Tidak tinggalkan keluarga lagi. Jangan buat perkara lara.

Semoga rezeki kita sekeluarga bertambah. Semoga ibu tidak perlu bekerja kuat. Semoga semua hutang dapat di lunaskan.



Ahad, 29 Julai 2018

Raya 2014 - #throwback


Ada banyak gambar dah tak ada dalam fon. Dan hanya ada dalam facebook. Jadi setiap kali facebook throwback gambar kita save sini. Sayang nya kenangan hilang begitu sahaja.

Raya tahun 2014. Baby adam tak ada lagi. Syamim kecil lagi. Tahun 2018 tak ada gambar  huhu.

Sarung bantal

Allhamdulillah di beri kesempatan menjahit sarung bantal dan tukar kekabu bantal anak-anak ke dalam batang bantal yang baru
 Virus hfmd menjadi-jadi yek sekarang ? risau juga. Tapi saya jarang keluar bawa anak jalan-jalan sekarang. Sibuk sangat menjahit. Lagi-lagi nak raya ni. Tempahan banyak lagi. 


Ini pun curi curi jahit. Kalau tak buat macam ni sampai bila lah tak berjahit kain-kain tu. Tunggu reput ja lah. 

Sayang kain semua masih elok. Cotton kan. Corak pun comel saja. 




Dapat la 11 biji , jenuh cantum kain nak dapatkan sarung sebiji bantal. Cantum , jahit tepi dab gunting. Nasib baik anak - anak membantu. 










Ini paling banyak cantum. Haha .. ni kalau orang nak datang tumpang tido pun takdak la malu sangat. Bantal macam peta Malaysia dah ropanya. 


Mengantuk dah 3.56 am duk tak boleh tidur lagi. Kita update lah blog kejap. 

Tutorial jahit butang dan lubang butang menggunakan mesin jahit portable brother

Assalamualaikum , siapa ada mesin jahit portable tetapi tidak pernah guna fungsi untuk jahit butang dan jahit lubang butang ? malahan selama...