Rabu, 15 Ogos 2018

Aktiviti hari ni.

Allhamdulillah. Hari ni pergi beli kain untuk projek jahit sarung ppc noxxa. Dan terus mencari supplier untuk span membuat lapik iron board dan penutup periuk tu. Haruslah .. di mana ada tempat jual murah kita cari. Saya ni jenis lupa jalan.3 jam ronda baru jumpa. Padahal sebelum ni dah pernah pergi satu kedai jual alatan jahit tu. 

Punya banyak material yang sesuai untuk bisnes saya. Waa nasib modal tak banyak dan ruang kereta tak cukup. Span tu je dah penuh. Anak lagi bawak semua 5 orang tu. penuh kereta bahagian belakang. 

Panas terik. Tapi dah keluar tu kita selesaikan apa yang patut lah. 

Lepas borong span , saya pergi buka akaun tabung haji untuk syamim dan baby adam. Yang kakak2 bertiga update saja buku nya.


Balik dari tu. Terlena kejap. Pening pusing2 migrain. Panas sungguh.Tak tahan.


Malam kita sempat siapkan beg ni seketul. Sempat la masak ayam goreng kunyit untuk ayahnya. Siang tadi kami tapau ja lah makanan. Ibu kalau keluar tak masak nya. Penat gile.


So hari ni cuma dapat 3,573 langkah sajo. Ahahak .. macam mana la nak dapat 10 langkah sehari ekk.. 3k pun dah tahap migrain oiii ..




Tiada ulasan:

Tutorial jahit butang dan lubang butang menggunakan mesin jahit portable brother

Assalamualaikum , siapa ada mesin jahit portable tetapi tidak pernah guna fungsi untuk jahit butang dan jahit lubang butang ? malahan selama...