Rabu, 15 Ogos 2018

Hidup tanpa renda dan ropol

10 PRINSIP HIDUP TANPA ROPOL

1. Usah sibuk nak ambil tahu hal orang lain yang tak ada kena mengena dengan kita. "Hari ini kau dan dia kutuk aku. Esok aku dan dia kutuk kau pula." Elakkan buang masa.

2. Usah semak kepala berfikir perkara-perkara yang tak relevan. Don't overthinking. Dunia berpusing, kepala kita jangan ikut berpusing.

3. Ada duit belanja, tak ada duit ikat perut. Usah berhutang perkara tak perlu. Apabila kita berhutang, kita kena bayar interest. Kita boleh berikan nama-nama yang fancy, kalau dah bayar lebih tinggi melangit, itu namanya interest.

4. Biar orang nak kata apa, kita buat hal kita. Kalau kita berhenti setiap kali anjing menyalak, lambatlah kita nak sampai.

5. Buat perkara-perkara yang penting. Selain itu semua renda-renda kehidupan. Usah terikut-ikut dengan renda kehidupan dalam media sosial. Orang yang kita nampak gembira dalam Facebook, belum tentu bahagia.

6. Fokus buat benda yang ada impak. Berhenti buat mesyuarat demi mesyuarat yang akhirnya jadi tempat sembang kosong dan tak produktif. Kalau nak buat mesyuarat, pastikan ada impak.

7. Barang yang kita tak guna, berikan kepada orang lain. Usah simpan berkotak-kotak di dalam almari dan stor. Manfaatkan.

8. Kita tak perlu banyak apps atau WhatsApp group. Buang apps yang tak perlu dari handphone. Keluar dari WhatsApp group sekiranya ia tidak bersifat membangun. Fokus.

9. Gembirakan diri sendiri. Apabila kita terlalu cuba nak gembirakan orang lain, kita akan menjadi manusia paling tidak gembira.

10. Bahagia bukan apa yang kita miliki. Bahagia ialah apa yang kita rasai. Fokus kepada "experience economy" atau ekonomi pengalaman. Apabila pergi Mekah, fokus kepada ibadah haji atau umrah. Itu "pengalaman" yang mendekatkan kita dengan Allah swt. Selain itu semua renda-renda pergi Mekah dan Madinah.

---

Hidup tanpa ropol bermaksud kehidupan yang minima dan secukupnya dari segi pemikiran, percakapan, perbuatan dan pemilikan. Semua perkara yang lebih, itu renda-renda saja.





Tiada ulasan:

Tutorial jahit butang dan lubang butang menggunakan mesin jahit portable brother

Assalamualaikum , siapa ada mesin jahit portable tetapi tidak pernah guna fungsi untuk jahit butang dan jahit lubang butang ? malahan selama...