Sabtu, 4 Ogos 2018

Hot chicken flavour ramen - Curry

Sooooo.. sebab aku hantu juga magie ni. Jadi memang dah banyak jenis magie aku try. Hot chicken flavour ramen ni. Ada perasa kari. 

Ada pedas ramen korea tapi ada kari macam megi malaysia. So rasanya so so sajala. Tak sesedap ramen 2x spicy tu la. 

Baru - baru ni ada ambik Ramen MALA. Yang plastik warna ungu. Ingatkan apa MALA tu.Rupanya laici kering. Dah tu. Mula mula makan. Rasa tak pedas.  Siap rasa macam ada akar kayu kering lagi. Tapi bila dah makan banyak sikit mencucuk bibir2 dengan lidah  ni ya ampun. Ok mala ni lupa nak snap gambar. Next time lah ye. 

Aku nak rasa carbonara belum tercapai hajat. 

 



Asam garam menjadi tukang jahit

Jenis aku kalau kecik hati memang tak kan cakap. Aku sedih. Aku ralat. Aku geram. Tapi nak luah dekat mana ?

Ingat tarikh 2/8/2018 - RM600

Aku bukan berduit sangat..

Semoga Allah gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Amin.

Beg periuk noxxa kembali lagi.

Ada orang tempah , 6 biji beg periuk noxxa , satu dia dah cancel , 5 lagi masih tunggu jawapan. Aku jahit lah tak berapa laju. Salah aku juga sebab lambat. Minta maaf lah ye. Tak mampu nak laju sangat sebab anak kecil lagi.  Baru masuk 5 bulan. Macam-macam kerenah dia. Selain baby ada lagi 4 orang anak pun nak kan perhatian ibu. Itulah dah cakap .  kalau nak tempah apa-apa boleh tapi tak laju mana. Kalau nak tak boleh lah bagi jenis urgent2 tu. 

Tak kisah orang tak jadi ambil pun.  Saya pegang teguh pada rezeki boleh dapat bila - bila masa sahaja jika Allah s.w.t izinkan.Insyallah. Tidak lewat sesaat. Tidak cepat sesaat. 
Jom cuci mata bag periuk noxxa kali ini. 





Sold


Bee  ada 




paris hijau sold


sold


purple paris ada



Lady bug ada






1 ogos 2018 - Akhirnya suami dapat kerja

Allhamdulillah , allhamdulillah , allhamdulillah .. aku rasa nak sujud syukur. Aku bukan nak cerita masaalah peribadi di sini. Ini bukan aib. Ini perkongsian pengalaman.

Akhirnya ayah dapat kerja setelah hampir setahun kehulu kehilir bawa resume . Interview sana sinim. Tapi tak dapat. Perjalanan kehidupan ini. Mengajar aku dan suami erti pengorbanan. Kasih sayang dan siapa yang ada sewaktu kita di dalam kesusahan.

Jawapan aku. Tiada sapa- sapa kecuali keluarga.

Setahun bergelut mencari duit untuk keluarga tanpa pekerjaan tetap.
Aku mengandung. Aku bekerja kuat.
Suami kerja kuat.
Aku beranak.
Suami kerja dan jaga anak-anak dalam satu masa.
Ada anak kena ponteng sekolah.
Aku mula menjahit semasa dalam pantang seminggu.
Demi duit. Siapa nak hulur lebih kurang RM2000 bulat-bulat melainkan kita usaha sendiri . Betul tak ?

Waktu pantang ramai lah nasihat suruh pantang. Bila aku minta duit tak ada yang sanggup bagi.

Kewangan kami semakin pulih. Insyallah.
Ayah dah dapat kerja bagus semula. Aku sujud syukur. Terasa lepas beban seketika.

Harap ayah bekerja dengan baik. Pergi awal dan balik lah ikut masa. Kerja halal. Tidak tinggalkan keluarga lagi. Jangan buat perkara lara.

Semoga rezeki kita sekeluarga bertambah. Semoga ibu tidak perlu bekerja kuat. Semoga semua hutang dapat di lunaskan.



Ahad, 29 Julai 2018

Raya 2014 - #throwback


Ada banyak gambar dah tak ada dalam fon. Dan hanya ada dalam facebook. Jadi setiap kali facebook throwback gambar kita save sini. Sayang nya kenangan hilang begitu sahaja.

Raya tahun 2014. Baby adam tak ada lagi. Syamim kecil lagi. Tahun 2018 tak ada gambar  huhu.

Sarung bantal

Allhamdulillah di beri kesempatan menjahit sarung bantal dan tukar kekabu bantal anak-anak ke dalam batang bantal yang baru
 Virus hfmd menjadi-jadi yek sekarang ? risau juga. Tapi saya jarang keluar bawa anak jalan-jalan sekarang. Sibuk sangat menjahit. Lagi-lagi nak raya ni. Tempahan banyak lagi. 


Ini pun curi curi jahit. Kalau tak buat macam ni sampai bila lah tak berjahit kain-kain tu. Tunggu reput ja lah. 

Sayang kain semua masih elok. Cotton kan. Corak pun comel saja. 




Dapat la 11 biji , jenuh cantum kain nak dapatkan sarung sebiji bantal. Cantum , jahit tepi dab gunting. Nasib baik anak - anak membantu. 










Ini paling banyak cantum. Haha .. ni kalau orang nak datang tumpang tido pun takdak la malu sangat. Bantal macam peta Malaysia dah ropanya. 


Mengantuk dah 3.56 am duk tak boleh tidur lagi. Kita update lah blog kejap. 

Sabtu, 28 Julai 2018

Penutup periuk noxxa tempahan ibu nza

Allhandulillah dah siap di jahit dan di pos. Ibu nza blogger jugak. Nanti kita cari link. Lupa blog dia linknya apa hee..

Corak pineaple pop comey sangat .. 


Bag periuk noxxa / periuk philips ( pressure cooker )

Ini hasil jahitan beg periuk saya. Ada banyam yang saya dah jahit boleh lawati instagram saya di http://instagram.com/bee_exclusive_ 
Ini gambar contoh. Corak macam ni dah sold out dah rasanya. 
Okay la setiap 













Lapik iron board

Tempahan lapik iron board . Berspan dan ada linning di bahagian dalam nya. Kita letak getah di keliling pelapik. Mudah nak pasang.





Jadi kalau nak tempah pelapik iron board + tali untuk mengelakkan wayar iron berbulu  boleh lah whatsapp saya. Maaf kalau saya lambat balas. Sebab nya biasalah tukang jahit yang menjahit di rumah di kelilingi 5 orang anak. 

Tutorial jahit butang dan lubang butang menggunakan mesin jahit portable brother

Assalamualaikum , siapa ada mesin jahit portable tetapi tidak pernah guna fungsi untuk jahit butang dan jahit lubang butang ? malahan selama...